HMC Phlow
HMC Phlow

HMC Phlow

HMC Phlow atau dikenali sebagai HMC iaitu singkatan kepada Hardstyle Maa Comunity ialah sebuah kru tarian jalanan dari Kuala Lumpur[1] yang dianggotai oleh kini lima orang ahli, dan diketuai oleh Mohd Faruq Mohd Suhaimi (Faruq).[2] Kru pada mulanya adalah sebuah kumpulan shuffle dan kini mereka menonjolkan tarian dalam pelbagai jenis genre, tetapi genre yang lebih menonjol ialah shuffling, popping, locking, krumping dan lain-lain.[3] Mereka mula dikenali apabila menyertai sebuah rancangan televisyen realiti pencarian kumpulan tarian jalanan terhandal Showdown 2010 dengan 6 ahli kumpulan. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tersingkir pada minggu ke-9. Pada 2011, mereka mencuba nasib sekali lagi apabila menyertai Showdown 2011 dengan 5 ahli kumpulan dan mendapat tempat kedua di dalam petandingan tersebut. Mereka juga menari untuk artis-artis tempatan sebagai penari latar belakang.Mereka digelar sebagai "ElecoldPhlow" atau "HMColdxhot" akibat kolaborasi mereka dengan kumpulan Elecoldxhot, juara Showdown 2011, juga pesaing kuat mereka.

HMC Phlow

Berasal dari Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Hip-hop dance, B-boying, Popping (dance)
Ahli Faruq
Fuzz
Epul
Hydzly
Fareez
Tahun aktif 2007-2011